Buli

Buli

RM25

Pengarang: Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Abdul Latif Ahmad, Zurhana Muhamad
2007
ISBN 978-983-52-0449-4
195 muka surat
RM 25.00
Bidang Pendidikan

SINOPSIS

Pelajar ialah generasi pelapis pada masa akan datang. Mereka bakal diamanahkan untuk memimpin dan menerajui negara. Bagi merealisasikan dan mencapai hasrat aspirasi ini, institusi sekolah disandarkan menjadi pusat pembentukan jati diri dan pengisian modal insan. Kerajaan, masyarakat, ibu bapa, dan para pendidik mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala tuju generasi ini. Namun, beberapa insiden pelanggaran disiplin terutamanya bersifat buli yang berlaku dalam dunia persekolahan dewasa ini sedikit sebanyak telah mencemarkan harapan dan aspirasi ini.

Buku ini sesuai digunakan sebagai buku rujukan bagi semua peringkat sekolah, universiti dan pusat-pusat latihan. Guru disiplin, guru kaunseling dan para jurulatih disaran dan digalak membacanya. Banyak contoh buli diutarakan dan kaedah atau program intervensi mengatasinya diketengahkan.

BIODATA

Azizi Yahaya ialah Profesor Madya dalam bidang psikologi pendidikan di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UTM. Beliau berkelulusan B. Ed. (Agric) (UPM), M. Ed. (UKM) dan Ph.D (UPM) dan Santa Monica Pacific University (USA). Beliau juga merupakan penceramah dan fasilitator Biro Tatanegara dan tenaga penggerak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Negeri Sembilan. Beliau telah membentang lebih daripada 80 kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam bidang pengkaryaan, Azizi telah menghasilkan karya bersama berjudul Psikologi Sosial (2004), Psikologi Kognitif (2005), Pembangunan Kendiri (2005), Kemahiran Lanjutan dalam Kaunseling (2005) dan Psikologi Abnormal (2007) terbitan Penerbit UTM serta lima buah buku dengan penerbit lain.

Jamaludin Ramli berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran dari Universiti Malaya, Diploma Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa dan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Teknologi Malaysia. Beliau pernah bertugas sebagai guru, kaunselor, penyelidik dan pensyarah IPTS sebelum menjadi pensyarah di Fakulti Pendidikan, UTM. Jamaludin juga aktif melaksanakan penyelidikan, penulisan dan pembentangan kertas kerja berkaitan kaunseling, psikologi dan pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sumbangan Jamaludin terserlah dalam program pembangunan pelajar, aktiviti kesedaran psikososial masyarakat dan khidmat nasihat peningkatan profesionalisme kakitangan agensi swasta, korporat dan kerajaan. Beliau turut menjadi penulis buku Psikologi Sosial (2004), dan Kaunseling & Psikoterapi: Teori, Teknik dan Amalan (2007).

Abdul Latif Ahmad ialah Pensyarah Pendidikan Jasmani di Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan) dari UTM, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) dari UPM, Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Jasmani & Kesihatan) dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim dan Sijil Perguruan Malaysia (Pendidikan Jasmani & Kesihatan) dari Maktab Perguruan Ilmu Khas. Beliau pernah bertugas sebagai Guru dan Warden Asrama di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban (1985-1993), dan Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh, Kluang Johor (1998-1999).

Zurhana bin Muhamad merupakan seorang pensyarah matematik dan pendidikan matematik di Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan Sarawak. Beliau memperolehi ijazah pertama dalam bidang matematik dan diploma pendidikan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang psikologi pendidikan dari Universiti Teknologi Malaysia.

KANDUNGAN

Prakata

BAB 1 MENGENAL BULI
Pengenalan
Definisi Perlakuan Buli
Menentukan dan Mengenal Pasti Perlakuan Buli
Lima Ciri Definisi Perlakuan Buli
Empat Jenis Perlakuan Buli yang Khusus
Tiga Kumpulan Utama yang Terlibat dalam Perlakuan Buli
Jenis Perlakuan Buli
Perlakuan Buli Secara Fizikal
Perlakuan Buli Secara Lisan (Kognitif dan Emosi)
Perlakuan Buli Hubungan (Sosial)
Kategori Perlakuan Buli
Perlakuan Buli Secara Langsung
Perlakuan Buli Secara Tidak Langsung
Perlakuan Buli Seksual
Kesimpulan

BAB 2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI
Pengenalan
Faktor Individu
Pembuli
Mangsa Buli
Faktor Keluarga
Faktor Rakan Sebaya
Faktor Sekolah
Faktor Media
Faktor Kawalan Kendiri
Kesimpulan

BAB 3 KESAN PERLAKUAN BULI
Pengenalan
Kesan Perlakuan Buli terhadap Pembuli
Kesan Perlakuan Buli terhadap Mangsa Buli
Kesan Perlakuan Buli terhadap Pemerhati
Kesan Perlakuan Buli terhadap Ibu Bapa
Kesan Perlakuan Buli terhadap Sekolah dan Guru
Kesan Perlakuan Buli terhadap Masyarakat
Kesimpulan

BAB 4 BEBERAPA PERSPEKTIF TENTANG PERLAKUAN BULI
Pengenalan
Konsep Kendiri dan Perlakuan Buli
Teori Psikososial Erik Erikson dan Perlakuan Buli
Kesignifikanan dengan Orang Lain dan Perlakuan Buli
Teori Hierarki Keperluan Maslow dan Perlakuan Buli
Teori Psikoanalisis Freud dan Perlakuan Buli
Model Interaksi Sosial dan Perlakuan Buli
Teori Pembelajaran Sosial dan Perlakuan Buli
Hipotesis Kekecewaan-Agresif dan Perlakuan Buli
Empati dan Perlakuan Buli
Kesimpulan

BAB 5 INTERVENSI DAN PENCEGAHAN BULI
Pengenalan
Bagaimanakah Mengenal Pasti Anak yang Menjadi Mangsa Buli?
Bagaimanakah Menjadikan Anak Anda Bebas daripada Perlakuan Buli?
Apakah yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anak Anda ialah Seorang Pembuli?
Peranan Sekolah dalam Program Intervensi dan Pencegahan Buli
Strategi Menangani Buli di Sekolah
Mengenal Pasti Tanda-tanda Awal Kewujudan Perlakuan Buli di Sekolah
Peranan Guru dalam Program Intervensi dan Pencegahan Buli
Program Intervensi dan Pencegahan Buli
Langkah Permulaan Sebelum Memulakan Program Pencegahan dan Intervensi Perlakuan Buli
Menilai Tahap Perlakuan Buli dan Tahap Komitmen Kakitangan Sekolah
Kenal Pasti dan Pelajari Program Pencegahan dan Intervensi
Sumber, Bantuan, dan Kerjasama yang Dapat Membantu Pihak Sekolah
Program Pencegahan Perlakuan Buli (Olweus)
Intervensi Keseluruhan Sekolah
Intervensi dalam Bilik Darjah
Intervensi Individu
Program Pencegahan Buli (Rigby)
Bermula dengan Definisi Perlakuan Buli yang Jelas dan Dapat Diterima
Perakui bahawa ia Berlaku dalam Pelbagai Bentuk
Kenal pasti apa-apa yang berlaku di sekolah
Buat Perancangan Tindakan
Penyediaan Polisi Antibuli
Berbincang dengan Pelajar atau Kumpulan Tentang Apa-Apa yang Dapat Dilakukan bagi Membantu Mereka
Galakkan Tingkah Laku yang Dapat Mendatangkan Kesan Positif terhadap Tingkah Laku Interpersonal Pelajar
Tangani Insiden Buli Secara Bijaksana
Sediakan Bantuan kepada Pelajar yang Menjadi Mangsa Buli
Bekerja Secara Konstruktif dengan Pihak Lain Terutama Ibu Bapa
Program Intervensi yang Menggunakan Pendekatan Pemulihan
Program Langkah ke Arah Penghormatan
Kemahiran Mendesak
Kemahiran Bersahabat
Kuasa Kumpulan Rakan Sebaya
Program Intervensi Menggunakan Pendekatan Persekitaran Sekolah yang Selamat dan Aman (C.A.P.S.L.E)
Kempen Suasana Persekitaran yang Positif
Pelan Pengurusan Bilik Darjah
Program Wira Sekolah
Intervensi Perlakuan Buli Berdasarkan Lokasi
Kenal Pasti Lokasi yang Menjadi Tempat Berlakunya Perlakuan Buli
Strategi bagi Menjadikan Lokasi dan Kawasan di Sekolah Selamat daripada Perlakuan Buli
Program Intervensi Menggunakan Persekitaran Pembelajaran Virtual
Kesimpulan

BAB 6 PERLAKUAN BULI DALAM KALANGAN PELAJAR DAN ISU KESELAMATAN DI SEKOLAH
Pengenalan
Sekolah Sebagai Institusi Pendidikan
Sekolah dan Perlakuan Buli
Lokasi Perlakuan Buli
Ruang Fizikal
Ruang Waktu
Kekerapan Perlakuan Buli
Senario Buli di Sekolah-Sekolah di Malaysia
Perlakuan Buli yang Serius
Persepsi Guru tentang Perlakuan Buli
Mengapakah Buli Berlaku di Sekolah?
Mengapakah Buli Perlu Dicegah Bermula dari Sekolah?
Cabaran Sekolah Mengekalkan Persekitaran yang Selamat
Ciri-Ciri Sekolah yang Selamat
Bagaimanakah Buli Dapat Dicegah di Sekolah?
Peringkat Menangani Masalah Buli di Sekolah
Buli dan Emosi Pelajar
Adakah Masalah Buli Begitu Serius di Sekolah?
Penilaian Tingkah Laku di Sekolah
Budaya dan Persekitaran Selamat
Peranan Kurikulum Pencegahan
Bagaimanakah Membentuk Persekitaran yang Selamat?
Persepsi Pelajar tentang Keselamatan di Sekolah
Bagaimanakah Buli Berkembang di Sekolah?
Kesimpulan

BAB 7 KAEDAH MENILAI PERLAKUAN BULI DI SEKOLAH
Pengenalan
Pemerhatian
Temu Bual
Prosedur Sosiometrik, Soal Selidik, dan Tinjauan
Laporan Kendiri
Instrumen
Contoh-contoh Instrumen
Contoh-contoh Soal Selidik yang Boleh Digunakan
Mengukur Tahap Perlakuan Buli Menggunakan Indeks Perlakuan Buli Sekolah
Kesimpulan

BAB 8 GENGSTERISME
Pengenalan
Definisi Perlakuan Gengsterisme
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Seseorang Terlibat dalam Perlakuan Gengsterisme
Pengaruh Keluarga
Rakan Sebaya
Media Massa
Faktor Individu
Teori Berkaitan Gengsterisme
Teori Naluri Psikoanalisis Sigmud Freud
Teori Kekecewaan-Agresif
Teori Hierarki Keperluan Maslow
Teori Pembelajaran Sosial Bandura
Teori Psikososial Erikson dengan Gejala
Gengsterisme
Kesimpulan

BAB 9 CIRI, AKTIVITI, DAN INTERVENSI GENGSTERISME
Pengenalan
Kekerapan Perlakuan Gengsterisme dalam Kalangan Pelajar
Ciri-ciri Gengsterisme
Aktiviti Gengsterisme
Aktiviti Gengsterisme dalam Kalangan Pelajar Sekolah di Luar Negara
Aktiviti Gengsterisme dalam Kalangan Pelajar Sekolah di Malaysia
Program Intervensi Tingkah Laku Gengsterisme
Program Pemulihan
Kesimpulan

RUJUKAN
INDEKS

0 Reviews

There are no reviews yet, would you like to submit yours?