Pendidikan Islam - Kaedah Pengajaran & Pembelajaran
512_AbHalimTamuri

Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

RM38

Pengarang: Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri

  • 2007
  • ISBN 978-983-52-0448-7
  • 387 muka surat
  • RM 38.00
  • Bidang Pengajian Islam

SINOPSIS

Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan model terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah.

Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan.

Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan, pemahaman, dan hafazan ayat al–Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah, sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh.

Buku ini diharap dapat dijadikan bahan bacaan, panduan dan rujukan kepada guru Pendidikan Islam di sekolah, guru pelatih yang sedang mengikuti program Pendidikan Islam, para pensyarah di institut pengajian tinggi atau maktab, dan seluruh warga guru agama yang menjadikan pendidikan sebagai wahana menyampaikan mesej dan ajaran Islam di Alam Melayu.

BIODATA

Kamarul Azmi Jasmi ialah pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban (Pendidikan Islam) dari Universiti Malaya. Beliau aktif dengan aktiviti penulisan dalam jurusan Pendidikan Islam seperti buku, sumbangan bab dalam buku serta penulisan kertas kerja di persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau telah menghasilkan dua buah karya berjudul Pendidikan Politik dan Khilafah Islam dalam Pelbagai Perspektif (penulisan bersama–2006), Pendidikan & Pembangunan Keluarga Cemerlang (penulisan bersama–2007) dan Pendidikan Wuduk Mazhab Al–Shafii (2007) terbitan Penerbit UTM.

Ab. Halim Tamuri ialah pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Islam dari University of Birmingham. Beliau aktif dengan aktiviti penulisan dalam jurusan Pendidikan Islam seperti jurnal, bab dalam buku, kertas kerja sama ada di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Antara tulisan beliau ialah Development of School Curriculum in Muslim Countries: The Malaysian Post–Independence Experience dan The Impact of British Educational Policy on the Malay–Muslim Community in Malaysia dalam Journal Muslim Education Quarterly (2001), United Kingdom serta Islamic Education Teacher’s Perceptions of the Teaching of Akhlaq in Malaysian Secondary Schools dalam Journal Moral Education, Routledge, London (2007).

KANDUNGAN

Prakata
Transliterasi
Singkatan

BAB 1 Pendidikan Islam
Pengenalan
Pendidikan Islam Menurut Bahasa
Pendidikan Menurut Al-Quran
Pendidikan Menurut Hadis
Rumusan

BAB 2 Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam
Pengenalan
Falsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan dalam Islam
Matlamat Pendidikan dalam Islam
Falsafah Pendidikan di Malaysia
Falsafah Pendidikan Islam
Rumusan

BAB 3 Prinsip P&P Pendidikan Islam
Pengenalan
Prinsip Asas
Asas Pemilihan Kaedah
Rumusan

BAB 4 Metodologi Pendidikan Rasulullah
Pengenalan
Al-Quran: Asas Penghujahan
Al-Sunnah: Penghujahan Kedua 4.4
Komunikasi Jelas dan Mudah
Galakan dan Ancaman
Suruhan dan Tegahan
Syarahan
Bercerita dan Metafora
Isyarat dan Lakaran
Uswah Hasanah
Agen Penyebaran Pengetahuan
Rumusan

BAB 5 P&P Berkesan
Pendahuluan
Penggunaan Teknologi Terkini
P&P Interaktif
Kaedah dan Teknik Pengajaran
Kemahiran Khusus Pendidikan Islam
Personaliti dan Profesionalisme Guru
Rumusan

BAB 6 Peranan Guru dan Konsep 5M
Pendahuluan
Peranan Guru Pendidikan Islam
Ciri Guru Pendidikan Islam
Konsep 5M
Rumusan

BAB 7 Aplikasi IT dalam P&P
Pengenalan
Prinsip Penggunaan IT
IT dalam Pendidikan Islam
Rumusan

BAB 8 Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Pengenalan
Menurut Perspektif Islam
Jenis dan Penggunaannya
Ciri
Prinsip Pemilihan
Faktor Mempengaruhi Penggunaan
Kepentingan Rumusan

BAB 9 Set Induksi
Pengenalan Set Induksi dalam Islam
Peranan dalam Pengajaran
Komponen dan Teknik
Kemahiran
Hasil Keberkesanan
Jenis
Rumusan

BAB 10 KBKK
Pengenalan
Definisi
Berfikir Menurut Perspektif al-Quran
Mengapa KBKK?
Ciri Orang Kreatif
Jenis Pemikiran
Alat Berfikir
Bagaimana KBKK Diajar
Rumusan

BAB 11 Kemahiran Menyoal
Pengenalan
Penerapan Islam dalam Penyoalan
Tujuan Menyoal
Teknik, Kaedah dan Aktiviti
Aras Menyoal
Jenis Soalan
Komponen Asas
Kesan
Rumusan

BAB 12 Pemulihan dan Pengayaan
Pengenalan
Perspektif Islam
Definisi Pemulihan
Definisi Pengayaan
Objektif Pemulihan
Objektif Pengayaan
Strategi Pemulihan
Strategi Pengayaan
Aktiviti Pemulihan
Aktiviti Pengayaan
Rumusan

BAB 13 Rancangan Kerja dan Rancangan Pengajaran
Pengenalan
Rancangan Kerja
Persediaan Pengajaran
Rumusan

BAB 14 P&P Tilawah Al–Quran, Hafazan, dan Kefahaman al–Quran
Pengenalan
Kepentingan
Kaedah P&P Tilawah Al–Quran
Kaedah P&P Kefahaman Al–Quran
Kaedah Hafazan Al–Quran
Contoh Persediaan Mengajar
Rumusan

BAB 15 P&P Akidah
Pengenalan
Kepentingan
Kaedah
Contoh Persediaan Mengajar
Rumusan

BAB 16 P&P Ibadah
Pengenalan
Kepentingan
Kaedah
Contoh Persediaan Mengajar
Rumusan

BAB 17 P&P Akhlak
Pengenalan
Kepentingan
Kaedah
Contoh Persediaan Mengajar
Rumusan

BAB 18 P&P Sirah, Tokoh, dan Tamadun Islam
Pengenalan
Kepentingan
Kaedah
Contoh Persediaan Mengajar
Rumusan

Lampiran
Bibliografi
Indeks

0 Reviews

There are no reviews yet, would you like to submit yours?